If I had a clone, he’d better be my equal, and not my better.
Can you imagine how I’d feel being jealous of myself?
Jarod Kintz
Aku pilih untuk ke Cameron Highland melalui Ipoh. Aku boleh terus ke Cameron Highland dari KL, ada bas express dari Pudu Sentral. Aku juga boleh turun di Tapah dan ambil bas biasa untuk ke Cameron Highland. Aku pilih Ipoh sebab aku teringin sangat nak naik keretapi ekspress ETS. KL Sentral ke Ipoh ambil masa 2 jam setengah katanya. 2 jam setengah itu kira laju untuk keretapi di Malaysia. Aku boleh sampai Ipoh dari KL dalam masa sejam. Tapi tu kena drive Airtrek lah. Aku pernah buat dulu masa nak keluar dinner dengan kawan baik kat Dataran Ipoh.
Aku sampai KL Sentral lebih kurang jam 1930. Memikul backpack Karrimor, pakai kasut Merrell dan baju MAKNA's Relay for Life yang aku dapat pada hari sebelumnya. Aku naik tren dari rumah ke Masjid Jamek, tukar tren untuk ke KL Sentral. Balik dari ambil Umi kat Kuala Selangor, beli dinner untuk dia, aku terus bertolak dari rumah. Jen akan datang ke KL Sentral untuk teman aku.
Sampai KL Sentral, aku terus beli tiket ETS ke Ipoh. Tren terakhir malam tu jam 2205. Aku dijangka sampai Ipoh jam 0035. Jen sampai lebih kurang setengah jam kemudian kalau tak silap. Dari office, dia park kereta kat Asia Jaya dan ambil LRT untuk ke KL Sentral. Tak perlu menghadap trafik yang sesak. Aku ajak dia dinner di Subway.
Aku tak pernah makan di Subway. Subway femes di US, tapi bukan di sini. Sandwich yang mahal dan besar. Hanya golongan kelas menengah yang mampu. Aku ajak dia ke sana bukan sebab aku memang teringin, aku ajak sebab aku teringat Ro pernah ajak Jen makan di Subway. Aku dan Jen tak pernah jejak kaki ke Subway. Bila aku tanya dia pernah tak datang Subway, dia cakap tak pernah. Yes, maknanya dia tidak ke Subway dengan Ro. Yes jugak aku jadi yang pertama bawa dia. Sampai macam tu sekali jeles aku. Macam budak kecik. Dalam hal cinta, aku memang kuat jeles. Aku akui itu.
Aku ternampak lelaki cina memakai baju yang sama dengan aku masa di Subway. Bezanya cuma warna. Aku biru cair, dia ungu. Tak sangka ada jugak yang berperangai macam aku. Suka pakai baju yang punya bukti aku pernah datang ke sesuatu event. Lepas makan, aku dan Jen pusing-pusing KL Sentral kemudian melepak di ruang menunggu ETS. Borak pasal berat backpack aku, pasal penulis buku Wild yang aku suka dan masih membaca.
Aku kena berada di dalam tren setengah jam sebelum tren bertolak. Jam 2115, aku hantar Jen ke LRT. Lepas ucap selamat tinggal bagai, dia kiss pipi aku. Aku kiss dia balik. Tiba-tiba aku jadi sayu. Aku berdiri berdekatan mesin tiket LRT dan tengok dia naik eskalator sampailah dia hilang dari pandangan aku.
Keluar merokok sekejap, aku terus turun ke platform ETS dan naik tren. Aku tanya awek si pemeriksa tiket ETS tu betul ke tren yang aku naik ni. Aku dengar pengumuman, tren ni nombor 05 tapi di tiket aku tulis tren 04. Awek tu balas dalam English, 'Yes sir, this is the right train.'
Tren bertolak tepat jam 2205 mengikut jadual. Banyak kerusi kosong. Berhenti di banyak perhentian, penumpang turun dan naik. Aku tak dapat nak tidur. Kerusi ETS tak selesa sangat. Sebijik macam kerusi Komuter, cuma bezanya kerusi ETS boleh adjust sandar ke belakang. Aku berkongsi koc dengan satu keluarga india yang cuba menipu umur anak kecilnya untuk mengelak membayar tiket. Si isteri memberitahu pemeriksa tiket umur anaknya 4 tahun. Bila si pemeriksa beri tahu umur 4 tahun ke atas kena beli tiket kanak-kanak, si suami tukar umur anak dia jadi 3 tahun pulak. Alasannya si isteri tersilap terlupa. Malas melayan karenah, si pemeriksa pergi macam tu je.
ETS suka menunjuk-nunjuk tentang kelajuannya. Setiap kali kelajuan tren mencecah 90km/j, TV kat depan aku akan paparkan kelajuan semasa tren. Aku tersenyum. Paling laju tren ni boleh pergi, 149km/j. Aku tak tahu sama ada tak boleh pergi lagi laju atau driver tak berani nak pecut lebih. Landasan keretapi di Malaysia ni tak cukup lebar untuk support tren berkelajuan tinggi. Aku assume ETS memang tak boleh pergi lebih laju dari itu.
ETS suka menunjuk-nunjuk tentang kelajuannya. Setiap kali kelajuan tren mencecah 90km/j, TV kat depan aku akan paparkan kelajuan semasa tren. Aku tersenyum. Paling laju tren ni boleh pergi, 149km/j. Aku tak tahu sama ada tak boleh pergi lagi laju atau driver tak berani nak pecut lebih. Landasan keretapi di Malaysia ni tak cukup lebar untuk support tren berkelajuan tinggi. Aku assume ETS memang tak boleh pergi lebih laju dari itu.
Aku berbalas mesej dengan Jen sepanjang perjalanan sampai ke Tapah. Aku suruh dia tidur bila dia tanya aku jauh lagi ke nak sampai. Soalan yang beri petanda dia sudah mengantuk tapi mahu tunggu aku sampai Ipoh. Aku janji dengan dia yang aku akan bagi tahu dia bila aku dah sampai nanti.
Lepas Jen tidur, aku tertidur.
No comments:
Post a Comment