Keadilan itu adalah dendam. Kau berjuang untuk keadilan kau, aku berjuang untuk keadilan aku. Hakikat sebenarnya, kita bukan berjuang untuk tegakkan keadilan tapi berjuang untuk lunaskan dendam masing-masing. Dendam datang dengan api kemarahan dan kebencian. Dan apabila api ini menyelubungi manusia, maka musnahlah keseluruhan umat. Kemusnahan ini datang dengan kesakitan. Kesakitan yang akan dirasai berkurun lamanya
Naruto Shippuden
Terdapat 12 gunung di Malaysia yang mempunyai ketinggian lebih dari 7000 kaki. 7 di Semenanjung, 5 lagi di Sabah dan Sarawak. 7 gunung ini dipanggil G7, manakala 5 lagi termasuk dalam kumpulan G12 (gabungan Semenanjung dan Sabah Sarawak). Tiada istilah G1, G2, G10 atau sebagainya. Bila pendaki mahu merujuk kepada salah satu gunung dalam kumpulan G7 atau G12, mereka hanya terus sebut kumpulan G7 atau G12.
G7 terdiri daripada Gunung Tahan (7179 kaki), Gunung Korbu (7162 kaki), Gunung Yong Belar (7156 kaki), Gunung Gayong (7129 kaki), Gunung Chamah (7123 kaki), Gunung Yong Yap (7113 kaki), dan Gunung Ulu Sepat (7090 kaki).
G12 adalah gabungan G7 bersama Gunung Kinabalu, Gunung Trusmadi, Gunung Tambuyukon, Gunung Murut dan Gunung Mulu.
Pendaki dari Semenanjung yang ingin menawan puncak Gunung Kinabalu kebiasaannya akan menghabiskan kesemua G7 sebelum bertolak ke Sabah. Bagi sesetengah pendaki, ia kononnya untuk membuat persediaan mental dan fizikal. Hakikatnya, Gunung Kinabalu lebih mudah ditawan berbanding dengan G7. Walaupun ketinggian Gunung Kinabalu melebihi ketinggian gunung-gunung G7, trek Gunung Kinabalu lebih mudah. Pendaki tidak perlu membawa beban ration dan juga shelter. Segalanya telah tersedia di atas. Tempat tinggal ala resort, makanan mewah, tandas selesa semuanya ada. G7 tidak menyediakan tandas, apatah lagi restoran atau sekurang-kurangnya warung kampung di puncak, mahu pun sepanjang perjalanan. Segalanya perlu dipikul dari bawah.
Idea untuk menawan G7 timbul bila aku secara tidak sengaja terjumpa peta trek Gunung Yong Belar, Gunung Gayong dan Gunung Korbu. Ketiga-tiga gunung ini terletak berdekatan antara satu sama lain, hampir sebelah-menyebelah. Trek ini menyambungkan Blue Valley di Cameron Highland dan Ulu Kinta di Perak. Trek ini dikenali sebagai Trans Titiwangsa dan berdasarkan peta yang aku jumpa, ikut kemampuan aku, ia mengambil masa 5 hari untuk diselesaikan jika aku memulakan pendakian di Blue Valley.
Aku terjumpa peta trek ni masa aku sibuk mencari gunung-gunung yang boleh aku tawan dalam masa sehari, yang terletak di antara KL dan Pulau Langkawi. Aku mahu backpacking ke Pulau Langkawi membawa diri selama seminggu dan aku tidak berhajat untuk camping di tengah hutan. Sebab tidak mahu camping, aku masih belum ada shelter yang lengkap. Aku cuma ada sleeping bag dan sekarang musim hujan. Aku mahu ke Pulau Langkawi semata untuk bawa pulang seberapa banyak karton yang boleh, rokok Mildseven Charcoal Filter kegemaran aku. Punca utama mahu backpacking, aku emo dengan Jen. Dah jumpa peta ni, aku nekad untuk tawan Trans Titiwangsa. Shelter boleh dibeli. Aku ikut perasaan. Aku memang suka. Itu kelemahan aku.
Aku emo sebab aku terasa seperti dipermainkan bila dia tidak mencuba sepenuhnya untuk berbaik semula dengan aku. Sebab aku terasa begitu, dia masih lagi keluar dan contact hampir setiap hari dengan Ro sedangkan dia telah bersetuju untuk mencuba memperbaiki hubungan aku dan dia, kembali macam dulu balik. Dan juga sedangkan dia tahu yang Ro menaruh hati pada dia.
Ro, mamat yang Jen jumpa di Port Dickson sekitar Ogos 2012 masa dia tengah emo dengan aku. Dia emo sebab aku memilih untuk merahsiakan hubungan aku dengan Biha. Dan juga sebab aku memilih Biha berbanding dia masa aku disuruh membuat pilihan. Aku di Mersing, rumah keluarga Biha masa Jen ke Port Dickson membawa diri. Dari Mersing, aku terus ke Port Dickson mencari Jen berpandukan mesej dari Friend Finder Digi selepas rakan aku beri tahu yang Jen ke Port Dickson sesorang. Masih tidak jumpa, aku call Jen berkali-kali dan akhirnya dia angkat. Aku jumpa dia di restoran bersama seorang lelaki yang memperkenalkan diri sebagai Fadzlie, a.k.a Ro.
First impression, sebelum dia memperkenalkan diri, serius aku ingat Ro ni India. Sejak bila pulak Jen berkenan nak berkawan dengan lelaki dari kaum sejenis dia ni, hati aku terdetik. Tindik sana-sini, dress up ala budak hip hop. Siapa lagi yang suka berpakaian sebegitu. Aku cuba berfikiran positif. Mungkin hati dia baik, cuma penampilan dia sahaja yang begitu. Aku dapat tahu yang mereka berkenalan di group Gen2 kat forum Lowyat, sambung kenalan di Facebook sehinggalah Jen ajak Ro buka akaun Twitter. Ro takde Gen2, Ro pakai Waja yang diberi nama Wolfy. Aku tak tahu macam mana Ro boleh sesat di group Gen2.
Jen ajak Ro ke Port Dickson melalui Twitter. Plan asal, Ro mahu ke Genting Highland melayan emo sendiri. Jen ternampak status Ro di Twitter dan mengajak Ro datang ke Port Dickson untuk melayan emo bersama. Ro beri nombor telefon dia kat Jen melalui direct message di Twitter. Mereka bertambah rapat sejak bertemu di Port Dickson.
Macam mana aku tahu semua ni? Sebab aku ada degree Computer Science dari UM. Kehkeh..
Bila aku tanya Jen kenapa nak mencuba dengan aku sedangkan masih contact Ro, masih rapat dengan dia. Jen jawab sebab aku sayang dia. Aku dah buat luka teruk kat hati dia dan dia perlukan masa untuk sayang aku balik. Aku kena faham situasi dia sekarang dan aku kena terima. Aku kena sabar dan aku kena tackle hati dia balik. Aku tanya lagi apa akan terjadi bila cubaan untuk memperbaiki hubungan aku dan dia tidak berjaya, dia jawab terpulang pada aku. Aku boleh pergi dari hidup dia atau kekal sebagai kawan.
Bila aku tanya adakah ini satu cubaan untuk bagi aku rasa apa yang dia rasa selama ni, dia jawab aku boleh cakap apa yang aku nak cakap. Aku tak faham situasi dia sekarang, jawapan standard dia dari dulu. Bagi aku, ini semua dendam lama. Cubaan untuk wujudkan keadilan.
Dia tahu aku sayangkan dia. Sayang macam orang yang dah kena minyak pengasih. Jadi tunggul. Aku diberi harapan, dipeluk, dicium. Dan dalam masa yang sama, aku disakiti dengan menggunakan Ro sebagai medium. Sayangnya, kedua-dua lelaki ini buta. Buta cinta.
Bila ditanya apakah maksud ini semua. Dia jawab, ini semua termasuk dalam salah satu percubaan. Percubaan untuk sayang aku balik. Permainan dia, cara dia. Kalau mahu terima, tak mahu boleh angkat kaki.
Bila ditanya apakah maksud ini semua. Dia jawab, ini semua termasuk dalam salah satu percubaan. Percubaan untuk sayang aku balik. Permainan dia, cara dia. Kalau mahu terima, tak mahu boleh angkat kaki.
Ini dendam, hati kecil aku memberontak. Aku bagi tahu Jen aku nak angkat kaki, blah dari hidup dia.
Maka wujudlah plan Trans Titiwangsa.
Maka wujudlah plan Trans Titiwangsa.
No comments:
Post a Comment