Along masih belum beri jawapan. Bajet untuk aku beli hammock dah lama habis. Hari yang aku rancang untuk ke Trans Titiwangsa dah dekat. Aku pening. Aku tak nak cancel semua plan. Walaupun Jen layan aku baik hampir setiap hari lepas keluar dari main badminton malam tu, aku tetap nak pergi. Aku masih set kat otak aku itu semua adalah sebahagian dari cubaan dia. Lagi pun aku mahu rasmi bladder baru.
Satu hari, Edy mesej aku. Group dia nak buat satu ekspedisi ke Gunung Irau. Dia tanya aku nak ikut ke tidak. 3 hari 2 malam, bayar RM100 untuk transport dan ration. Tanpa banyak soal, aku setuju. Aku terus bank in duit ke akaun dia.
Aku tak pernah dengar Gunung Irau. Search kat Google, aku dapat tahu yang gunung ni terletak di Cameron Highland, Pahang. Terletak di atas Gunung Brinchang, gunung ni boleh ditawan dalam masa satu hari, turun dan naik. Panjang trail hanya 2.35KM. Kalau nak advanture, daki Gunung Brinchang kemudian sambung Gunung Irau. Kalau malas, boleh drive sampai ke puncak Gunung Brinchang, kemudian daki Gunung Irau. Mereka tak plan untuk daki Gunung Brinchang.
Aku mesej Edy balik. Kenapa mahu ke Gunung Irau sampai 3 hari? Bukan ke gunung tu lepas kalau nak buat day trip? Aku soal Edy. Edy cakap mereka mahu naik untuk suka-suka. Memang boleh buat dalam sehari, tapi mereka tak nak rushing macam trip ke Gunung Nuang.
Dalam hati, ada sedikit menyesal terus setuju. Kalau sekadar 2.35KM mahu ambil masa sampai 2 malam, confirm proses pendakian itu akan menjadi sangat slow. Macam masa aku follow diorang ke Bukit Tabur. 5 minit jalan, 10 minit berhenti. Aku jadi rimas. Cepat penat, cepat malas.
Nak cancel, aku segan dengan Edy. Aku baru kenal Edy, baru dua kali jumpa. Sekali di Gunung Nuang, sekali di Bukit Tabur. Aku tak tahu hati budi dia macam mana. Tak kan aku nak mintak refund kot. Lagi pun aku dah janji dengan dia yang aku akan provide transport untuk team dia. Aku pujuk hati aku untuk layankan je ekspedisi group Edy ni. Lagi pun aku boleh belajar sedikit sebanyak dari diorang tentang ration. Aku masih tak pandai nak bajet kuantiti ration yang diperlukan untuk bermalam di tengah hutan. Dan kalau nasib aku baik, aku boleh kenal awek-awek forever alone yang bersepah dalam group Edy.
Entah macam mana, aku terfikir. Apa kata aku ke Cameron Highland je panjat Gunung Irau. Sekurang-kurangnya aku tak perlu pening kepala nak fikir pasal shelter. Bajet untuk shelter dah tiada kalau aku mahu teruskan plan ke Trans Titiwangsa. Along masih diam membisu. Tak mahu sponsor lah tu. Lagi pun aku boleh survey tempat dulu untuk diorang. Boleh jadi hero sikit.
Aku bagi tahu Jen aku mahu ke Gunung Irau. Dia macam sedikit risau. Aku explain yang Gunung Irau lebih mudah dari Gunung Nuang. Mudah dari segi jarak perjalanan. Aku tak bagi tahu dia yang Gunung Irau ni terletak di Cameron Highland. Aku tak nak jadi isu sebab aku pernah ke Cameron Highland dengan Hawa, ex girlfriend aku sebelum dia. Walaupun hakikatnya aku dah tiada hati dan perasaan pada Hawa, aku tetap malas nak bagi tahu Jen. Malas nak timbul isu. Sehari sebelum bertolak baru aku bagi tahu.
Kenapa aku masih nak jaga hati dia? Aku pun tak tahu.
Aku beli kasut Adidas Kampung. Kasut yang terkenal dikalangan hikers otai. Kasut yang mereka rasa lebih sesuai dengan keadaan hutan Malaysia berbanding kasut-kasut hiking ciptaan mat saleh yang mahal tu. Kasut ciptaan mat saleh hanya sesuai untuk hutan mereka. Tanah di hutan Malaysia punya elemen yang akan merosakkan kasut biasa, kata mereka.
Kasut ni harga dia cuma RM8.50. Kasut getah bertapak ala boot bola sepak. Biasa digunakan oleh penoreh getah untuk keluar menoreh. Susah nak cari kasut ni di KL. Aku jumpa di Jalan Klang Lama, lepas hampir sejam mencari; di Google. Aku beli bukan sebab otai pun beli. Aku beli sebab aku sayang nak kotorkan kasut Merrell aku dengan lumpur Gunung Irau. Ramai kata trek Gunung Irau berlumpur sepanjang musim.
Plan Trans Titiwangsa cancel, Gunung Irau on. Confirm.
No comments:
Post a Comment